Monday, August 3, 2015

Review Pakar (FIXI) by Nadia Khan

*Spoiler Alert*


Semalam masuk Borders Queensbay Mall, dan ternampak novel Pakar tulisan Nadia Khan diletakkan dekat bahagian buku-buku Melayu bestseller bulan lepas. 
Aku dah lama gila tak beli novel-novel Fixi. Dulu time study kat usm, aku rajinlah beli buku fixi ni, tapi lepastu aku sedar yang buku Fixi ni banyak indah khabar dari rupa. Kemain pujian melambung oleh hipster hipster, then bila aku baca..uh-oh biasa-biasa je.

Tapi.. Nadia Khan adalah penulis fixi favorite aku. Aku beli Cerpen dahulu sebelum Kelabu, dan Cerpen memang sangat berkualiti. I loike. 
So, memandangkan Pakar ni adalah tulisan Nadia Khan, aku buat keputusan untuk beli. Harga pasaran adalah 17.90, tapi aku beli dengan harga 17.00 lepas aku tunjuk Kad Siswa. Siapa kata Kad Siswa tu tak de guna....


Dalam novel Pakar ni ada 2 cerita.
Cerita pertama adalah pasal agensi mencari jodoh. Cerita yang sebijik macam Cyrano Agency (cerita korea). Tak de originaliti langsung tapi sebab aku suka Cyrano Agency, so aku suka jugaklah cerita pertama ni. 
Kalau lah cyrano agency ni wujud kat malaysia, seriously guys, sila contact aku di email nrlafn@gmail.com. I'm serious.

Ok, cerita kedua adalah tentang klinik kaunseling pasangan. Tentang dua orang pakar psikologi yang merawat pesakit-pesakit yang psiko. Tak banyak aku boleh ceritakan tentang cerita kedua ni sebab ianya agak complicated. Jalan cerita menarik, cuma ending dia kurang kick.

Overall, aku bagi 7 dari 10 bintang. Cerita pertama aku bagi 3/5 ( sebab tiru jalan cerita cyrano agency ) dan cerita kedua aku bagi 4/5 ( sebab ending tak cukup buat aku ternganga ).

Dan lupa nak bagitahu, buku ni nipis okay, dalam 200 pages je. Kalau aku yang slow reader ni boleh habiskan dalam masa 5 jam, korang yang baca laju mungkin boleh habiskan dalam sejam je.

Apapun, kalau mencari buku yang ringan untuk dibaca sebelum tidur, Yes!, Pakar adalah buku yang sesuai.

No comments: